Wednesday, March 30, 2011

mStar Online : UPM Temui Pengganti Garam Yang Baik Untuk Kesihatan

mStar Online : UPM Temui Pengganti Garam Yang Baik Untuk Kesihatan


SERDANG: Seorang penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui pengganti garam dinamakan Kardio-mate yang diperbuat daripada rumpai laut.

Ia juga didapati berupaya meningkatkan kolesterol baik serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kardio-mate mengandungi kandungan rendah natrium, tinggi kalsium, serat larut dan lain-lain galian penting seperti antara lain magnesium, kalsium, besi, kuprum serta zink.

Felo penyelidik dari Institut Biosains, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan universiti berkenaan, Profesor Dr Suhaila Mohamed ketika mengumumkan penemuan baru ini berkata, Kardio-mate sesuai digunakan dalam masakan bagi mereka yang menghadapi sakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang.

Menurutnya, hasil penemuan terbaru yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan laut dan darat itu juga berupaya mencegah kanser payu dara, serviks, prostat serta usus.

"Selain berfungsi sebagai pelazat makanan dan penambah perisa, ia terbukti mempunyai pelbagai manfaat kesihatan secara saintifik melalui kajian haiwan," katanya pada sidang media untuk mengumumkan hasil penyelidikan Putra Cipta (Teknologi UPM), Selasa.

Kardio-mate berperisa seperti garam biasa atau monosodium glutamat (msg).

Antara kebaikan Kardio-mate termasuk meningkatkan kadar penyembuhan, melambatkan kerosakan makanan, merencat kenaikan gula dalam darah dan mengawal tekanan darah yang berlebihan.

Ia turut melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah serta melawan kerosakan degeneratif (kemerosotan).

Mengulas lanjut, Suhaila berkata, beliau dan seorang penyelidik, Dr Patricia Matanjun dengan bantuan para penuntut universiti menjalankan penyelidikan selama sembilan tahun sebelum mengeluarkan prototaip Kardio-mate.

Katanya, kos penyelidikan memakan belanja sebanyak setengah juta ringgit dan ia dibiayai menerusi geran penyelidikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi dan universiti sendiri.

Kardio-mate datang dalam bentuk kapsul ataupun serbuk dan ia merupakan makanan tambahan kesihatan.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Anonymous said...

baguih prof suhaila ni~ tapi....sbb dia lah.....hehe

cik_ulat said...

haha sapekah yg bg komen anonymous nih
hang takut ka?

Anonymous said...

bkn takut..saja nak buat suspend =P